Bila aku tengok muka cucu aku, aku teringak muka dia akang2 dengan gambor budak ning. Gambar ning aku ambik kat pata Kuala Abang.. Budak ning aku rasa dok koloh lagi masa tu. Akang-akang dok... Sama ork..


Amber kaweng dengan Che Ha 24/12/1982. Doh 27 tahonglah amber kaweng. 27 aribulang baru ning anak amber hok sulong Ummi Zakirah atau kita orang kelor dia Kak. Beranak belah perot di spital pantai. Jadi amber dapak cuculah.. huhuhu.. amber rasa Muda Jeteh lagi.. dok sedar usia doh kohor lanjut.. He... bila nok sedar nin Che Mang..
Jadinya selepas 27 tahong 3 ari, amber jadi Tok Ki Mang. Kalu tahu gittu suroh doktor bellah ari 24 tu.. buleh seleberek sama ari jadi cucu dengang kaweng Tok Ki. Apa2 pong Alhamdulillah semuanya selamak. Nin amber buboh gambor2 cucu amber..
Kak masuk wad 26 aribulang petang. Doktor paksa dia nak suroh beranok. sebab air ketubang sikit, bimbang baby lemah..
Salam untuk anak2 Abah semua.. Tujuan utama Abah tulis blog ini supaya anak-anak Abah tau perjalanan hidup Abah dan Mama..Terutama semasa di Kampong Bukit Losong Ferry yang penuh dengan memori indah semasa Abah kecil, dikelilingi rumah sanak saudara.. Ada sungai yang airnya cukup jernih dan ada bukit tempat tok ki abah ( Bab Him ) menoreh getah. Bukit Losong tu kepunyaan Bab Him. Dan di kaki bukit terdapat rumah Mama. Kesemuanya sudah tiada kerana memberi laluan membina Muzium..