Friday, December 25, 2009

ABAH KHATAM QURAN 1/8/1969

Salam untuk anak2 Abah semua.. Tujuan utama Abah tulis blog ini supaya anak-anak Abah tau perjalanan hidup Abah dan Mama..Terutama semasa di Kampong Bukit Losong Ferry yang penuh dengan memori indah semasa Abah kecil, dikelilingi rumah sanak saudara.. Ada sungai yang airnya cukup jernih dan ada bukit tempat tok ki abah ( Bab Him ) menoreh getah. Bukit Losong tu kepunyaan Bab Him. Dan di kaki bukit terdapat rumah Mama. Kesemuanya sudah tiada kerana memberi laluan membina Muzium..

Jadi kenangan Abah seterusnya.. Masa nin, Abah darjah 6. Sebelah kanan Abah tu Idi, Pak sepupu Abah, sebelah kiri Nasir Kua, dia nin 2 pupu abah dan dihujung tu pak sepupu Abah.. masa nin dok tau lagi dia akan jadi Abang Ipar.. hehehe.. Tempat khatam Quran tu dirumah Mama.. Oh..rupanya Allah dah ikat Abah dengan Mama sejak kecil lagi.. Khatam Quran pun di rumah Mama..

Dan Alhamdulillah.. kesemua anak2 Abah dah tamat Al Quran sejak sekolah rendah lagi, macam Bapaknya.. hehehe ( Tak bermaksud angkat ekor ) Kecuali sorang.. Ah kenalah usaha mengaji semula sampai tamat.. I love u all..

2 comments:

  1. tamat doh la....tp takdok tpk guru kat dpn...dok dang dekpom....mask kolej lu....

    ReplyDelete