Thursday, December 24, 2009

HARI INI 24/12/09 GENAPLAH 27 TAHUN ABAH KAHWIN

Ini adalah memori indah Abah. 27 tahun yang lalu, hari Khamis 24hb, December 1982, Abah telah di Ijab Kabulkan dengan Mama. Dan kebetulan juga hari ini jatuh juga hari Khamis. Juru Nikah ialah Hj. Muda Pulau Sekati dan disebelahnya Ayah We Aziz Paloh. Dia tu sepupu Mama. dan keduanya dah kembali Kerahmatullah. Al Fatehah..

Che (Bonda) Abah sedang menyarung cincin kejari menantunya.. Mama..
Rombongan hantar sireh kerumah mama dikepalai ma saudara Abah, Ummi Wan Maiyuni. Yang ramai2 tu sepupu sepapa Abah dan kawan2 Pejabat Perangkaan.
Malam bersanding diiringi sahabat karib abah Doktor Zulkifli.


Bersama arwah Ayah dan Bonda Abah.
Yang kipas Abah dan Mama tu sepupu awak semua, Doktor Azlin dan Kak Zura.

3 comments: