Wednesday, December 30, 2009

KENANGAN MENDATANG.. JADI TOK KI DOH...

Amber kaweng dengan Che Ha 24/12/1982. Doh 27 tahonglah amber kaweng. 27 aribulang baru ning anak amber hok sulong Ummi Zakirah atau kita orang kelor dia Kak. Beranak belah perot di spital pantai. Jadi amber dapak cuculah.. huhuhu.. amber rasa Muda Jeteh lagi.. dok sedar usia doh kohor lanjut.. He... bila nok sedar nin Che Mang..

Jadinya selepas 27 tahong 3 ari, amber jadi Tok Ki Mang. Kalu tahu gittu suroh doktor bellah ari 24 tu.. buleh seleberek sama ari jadi cucu dengang kaweng Tok Ki. Apa2 pong Alhamdulillah semuanya selamak. Nin amber buboh gambor2 cucu amber..



Ning gambor hok mula2 ambek lepah beranok. Nattu amber Mat Lokmang ambek.

Cucu amber senyung

Hehehe... Dok terang berok..

WOI TOK KI BILA NOK MARI... Hahaha.. turik telinga kuak ngat melolong..

Ning bining amber dok tengok kaing lapeng hok kakak ipar dia duduk di Manila tlg jahit utok coming cucu. Masa ning Kak dok beranak lagi.

Su Yah dok telek katil cucu bila wat balek Tganung pah beranak kang. Katil ning subsidi DUN WAKAF MEMPELAM.. Hehehe... tuang katil asal budak kecik tu.. Alia..

Ning, baju2 cucu hok aboh dgn mok cucu beli. Ready betol dia nak sambuk anak.

Kak masuk wad 26 aribulang petang. Doktor paksa dia nak suroh beranok. sebab air ketubang sikit, bimbang baby lemah..

Isap susu hok mula2 sekali. Sebelah tu kakak ipar amber. Kak Yah. Anak2 amber panggil Mok Teh Yah.

Pukol Nang pagi masuk bilek bedah.. sebab jantong baby dah lemah.. amber terima talipung dari dia kol nang masa tu tengah solat suboh dengan Che Ha.. Pah tu, nattu ator mesej kabor kak kena operate.. Amber tengok bini amber susah hati betol.. Nok hungga gi, teket kapalterbang beli doh.. Tujuan gi mula tu nak gi tunggu Ayah Da Ki.. Jadi kena gi tunggu kakak dulu hok lari dari jadual. Nak hungga gi dengan keta amber tengah nok stak keja. kena ator brg2 kat projek. Tidak dia orang tadok keja. Tamboh pulak, pitih tengah basat terer.. Kakak bining amber hok dok PJ tu hungga gi.. Jadi doklah takdok warih sangat. Mok Tua dia hungga mari dari Perak. Alhamdulillah semua doh selamat lepah beloh.. barulah bining amber senyum.. Ha3.. I love u sayang.. hok amber ngorat dok kacau orang tu selingan masa hidup jer.. hehehe.. Ning doh jadi Tok Ki nok stok arh.. hehehe..

SELAMAT DATANG KE DUNIA CUCU KU HARITH ZIDANE..


Friday, December 25, 2009

Sedapnya Timun Cina..


Sedapnya kakak dok korek timun cina. Tengok tu.. korek pun pegang dengan kaki. Masa nin awak 2 orang dlm 4 dan 5 tahun. Di kebun Kg Pinang Merah Dungun. Dalam kebun Abah Milah Dungun.. Seronok betul masa musim buah di sana.

POSHE ABG KHOR


Abg Khor masa kecik. Sekarang dah Chef Khor.. Bila nak balek masak untuk Abah dan Mama.. juga 2 orang adek kat rumah.. we mis u..

HUDOHNYA ABG KOR MENANGIS - HA3...

Salam dari Abah semua.. Abg Khor dgn Abg P mungkin belum pernah tengok gambar nin. Abg Khor masa nin tak boleh berjalan lagi. Awak menangis nak suruh abah dukung.


ABAH KHATAM QURAN 1/8/1969

Salam untuk anak2 Abah semua.. Tujuan utama Abah tulis blog ini supaya anak-anak Abah tau perjalanan hidup Abah dan Mama..Terutama semasa di Kampong Bukit Losong Ferry yang penuh dengan memori indah semasa Abah kecil, dikelilingi rumah sanak saudara.. Ada sungai yang airnya cukup jernih dan ada bukit tempat tok ki abah ( Bab Him ) menoreh getah. Bukit Losong tu kepunyaan Bab Him. Dan di kaki bukit terdapat rumah Mama. Kesemuanya sudah tiada kerana memberi laluan membina Muzium..

Jadi kenangan Abah seterusnya.. Masa nin, Abah darjah 6. Sebelah kanan Abah tu Idi, Pak sepupu Abah, sebelah kiri Nasir Kua, dia nin 2 pupu abah dan dihujung tu pak sepupu Abah.. masa nin dok tau lagi dia akan jadi Abang Ipar.. hehehe.. Tempat khatam Quran tu dirumah Mama.. Oh..rupanya Allah dah ikat Abah dengan Mama sejak kecil lagi.. Khatam Quran pun di rumah Mama..

Dan Alhamdulillah.. kesemua anak2 Abah dah tamat Al Quran sejak sekolah rendah lagi, macam Bapaknya.. hehehe ( Tak bermaksud angkat ekor ) Kecuali sorang.. Ah kenalah usaha mengaji semula sampai tamat.. I love u all..

Thursday, December 24, 2009

KENANGAN TEMPAT DATING.

Ini adalah rumah Mama di Kg Bukit Losong Ferry. Rumah nin dah tiada lagi kerana Kerajaan ambil untuk di bina Muzium. Gambar arwah Tok Nab, arwah Baba sedang mendukung Abg Ar. Depan Kak Lin, Kak Ida dan Mak Teh Yah..


Biasanya di tangga inilah Abah dating dengan Mama. Time nin Abah dengn Mama sedang bercinta.. Tapi sopan.. Muhrim keliling tunggu.. Hahaha.. Dalam tu ada Kak Shan, Kak Zura, Abg Faisal, Abg Mundzir dan Abg Mi..

JANDA ABAH

Nin Janda Abah. Ford Spectron. No plat TN 4994. Menyesal Abah jual dia..

LAGI KENANG-KENANGAN 27 TAHUN YG LALU


Hari jamuan di rumah Mama. Rumah kelihatan tu rumah Mama di Bukit Losong Ferry. Di tapak itu sekarang terletaknya Muzium Negeri Terengganu.


Kaum keluarga gotong royong datang memasak di rumah Mama.

Rombongan hantar sireh dari rumah Abah. Rumah yang nampak tu sekarang dah tak ada kerana laluan ke Masjid Crystal.

Mama mencium tangan sepupunya. Ops... Mak Mertua..

Bersama arwah Bab dan Che Wan Nik.

Pengapit anak2 Saudara. Sepupu awak semualah.


Hahaha.. Tengok abang Asraf

HARI INI 24/12/09 GENAPLAH 27 TAHUN ABAH KAHWIN

Ini adalah memori indah Abah. 27 tahun yang lalu, hari Khamis 24hb, December 1982, Abah telah di Ijab Kabulkan dengan Mama. Dan kebetulan juga hari ini jatuh juga hari Khamis. Juru Nikah ialah Hj. Muda Pulau Sekati dan disebelahnya Ayah We Aziz Paloh. Dia tu sepupu Mama. dan keduanya dah kembali Kerahmatullah. Al Fatehah..

Che (Bonda) Abah sedang menyarung cincin kejari menantunya.. Mama..
Rombongan hantar sireh kerumah mama dikepalai ma saudara Abah, Ummi Wan Maiyuni. Yang ramai2 tu sepupu sepapa Abah dan kawan2 Pejabat Perangkaan.
Malam bersanding diiringi sahabat karib abah Doktor Zulkifli.


Bersama arwah Ayah dan Bonda Abah.
Yang kipas Abah dan Mama tu sepupu awak semua, Doktor Azlin dan Kak Zura.

Saturday, December 12, 2009

ANAK SULONG KU 5A UPSR 1995

Anak Sulung ku .. Kakak ( Ummi Zakirah anak Che Mang ) 5A UPSR 1995. Mama masa nin dalam pantang beranak ke baby.. Jadi abah jer yang hadhir.. Sekarang tak beberapa hari lagi jadi mak orang lah beliau.. So abah akan jadi tok ki lah.. huu... mudanya amber.. hehehe..

BABY DAN BUSU


Ummi Nadhirah dan Ummi Shahirah ( Baby dan Busu ) kat dapor.. Kenangan Abah pada kamu berdua masa kecil.. Muah..

HARI NIKAH KAK IDA BABA

Abang kor atas riba Abah.. Di sebelah arwah Baba ( Hj. Muda Abu Bakar - Al Fatehah ). Majlis nin di rumah Baba selepas akad Nikah Lan dengan Kak Ida..

AKU LANGSING KAN...

Gambar nin membuat Abah ketawa bila melihatnya.. Tengok Adek Ana tu.. Hahaha.. Si Nani suruh Baby tengok depan.. Baby nin anak abah ke 6. Tahun 2010 nin Tingkatan 3 lah dia. Nama kat sekolah dia Ummi Nadhirah anak Che Mang..Yang lelaki tu Aiman. Sepupu dia orang..

Friday, December 11, 2009

Anak Ku Beraya

Abah suka dengan gambar anak-anak abah masa kecil. Ini di pagi Raya. Abang Kor dengan senyumannya.. Abang Kor nin baru grad dari FIM ( Food Institute of Malaysia ). Sekarang dah kerja Tukang Masak atas kapal. Bakal jurutera abah si Peah (Ummi Fatehah) yang tersenyum di belakang dan
3 orang sepupu sepapa. Sebelah kiri Yuyu baru grad Uitm, Baju kurung hijau Kak Nor di UPM dan paling kecik tu Pat di UM sekarang. Mereka nin amat rapat dengan sepupu sepapa.. Abah gembira dengan kamu semua..

CUIT TOK JU

Melihat gambar anak busu abah nin, confirm abah keturunan Tok Ju. Tok Ju tu moyang Abah Cina Kg. Cina K.Trg. Hahaha.. Ini waktu sahor Ramadhan baru lepas. Busu atau Ummi Shahirah akan berada darjah 5 tahun 2010 nanti.

CHEF KOR

Anak abah Khairul Zakirin atau nama timangan Abang Khor, sedang membuat ketupat sotong dengan Mama.. Kakak jangan mengidam ya.. cause Abang Kor ada di kapal kat Singapore.

Wednesday, December 9, 2009

KHATAM QURAN.


Kenangan Abah.. Inilah yang membuat setiap ibu bapa merasa bangga.. Shukur Alhamdulillah..Kakak masa nin darjah 4, dan Abang P darjah 3 sudah Khatam Quran. Yang menarik gambar nin di depan tu arwah bonda abah dan budak kecik tu Adek Ana. Masa nin umur dia 2 tahun.. Lerning umur dia 18 tahun ada kat UiTM ambek Tesl.. Mulanya bimbang jugak takut dia..... nak balek. Maklumlah masa Form 4 di Sri Puteri Kolam Air, melolong riuh nak balek ke sekolah Sultan Sulaiman dia. Pujuk2 tahanlah 6 bulan kat Sri Puteri. Setiap kali pergi ziarah dia, melolong nak balek.. akhirnya terpaksalah abah dgn mama mengalah.. Tukarlah dia balek Terengganu.. Nasib baik cerdik, kalu tidak aku lekuk kepala dia.. hehehe.. Kakak nin sekarang kerja Kat SHELL.. eksekutif kat situ. Abang P pulak dah Hafiz, dan sekarang jadi Tok Guru Quran kat Subang Jaya.. jarang2 sekali jadi Khatib Tamu di Masjid sana. Alhamdulillah..

Sebelah Adek Ana tu, Puteri Suryani. Membesar bersama Adek Ana. Mana tidaknya Mama yang menyusukan dia. Jadi dia tu anak saudara dan juga anak susu abah dan mama ... Sekarang dia kat UiTM Segamat.. Abah bangga dengan awak semua..

Monday, December 7, 2009

SELINGAN KENANGAN

Pak Su Ki, Che Pah, Zardah, Atiq, Madina dan Ahmad. Mereka nin keluarga arwah Kakak Ipar Abah di Kutan, Pasir Mas, Kelantan.. Zardah tu jadi anak angkat Abah gok ckit..

Ini anak-anak Che Pah semasa mereka bertandang kerumah kita. Tahun... Sekarang mereka dah besar.. Yang baju puteh Madina form 5, Ahmad di sek men teknik Kuantan dan Atiq di UiTM Dungun. Hai..